BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 24 Mac 2011

rasa rendah diri

aku rasa x best hari ni.rasa macam nak menangis je.ni kes angah call mak la ptg tadi.aku tak boleh terima apa yang dia cakap kat mak.aku dah mula rasa ada yg kurang kat aku dan aku tak sebgus org lain.aku dah mula takut.macam2 aku pikir.layak ke aku masuk universiti?layak ke aku belajar sama dengan org lain?ke aku tak cuba masa exam dulu?ada ke selalu sambil lewa je??


hahhh...aku dah penat pikir and aku mula rasa kesian kat parents aku.setakat tu je yang aku mampu bagi kat diorang.aku sedar result aku tak sebagus cousins aku.diorang dapat apa yyg diorang usahakan.macam tu jugak la aku.

mak cakap jangan amik hati ngan apa yg angah cakap.tp,aku rasa tergugat and rasa rendah diri sangat.aku malu nak jumpa org lain.entah la...mak tau je yg aku dah mula down and pikir benda yg bukan2.
mak ada cakap kat aku-
"jangan amik hati sangat...cuba tengok abah.kawan2 dia ramai yg graduated dari oversea..tp,kerja sama level ngan abah.mak kagum dengan attitude abah.dia kuat semangat dan rajjin usaha.kakak pun kena macam tu.kesimpulannya,tak semestinya result kita biasa2 kita tak boleh berjaya.kita kena kuat usaha and rajin je.jangan rajin tak bertempat pulak.rajin tapi berilmu."

tu aku mmg tau..and aku respect giler ngan bapak aku sendiri.dia mmg kuat semangat bila kerja sebab dia nak kami sekeluarga hidup senang dan selesa macam org lain.

bila mak cakap macam tu...aku teringat kata2 cikgu Fatimah:-
"hidup kat dunia ni tak perlu pandai...kena rajin je.bila kita rajin,insyaallah dapat apa yg kita nak."

aku rasa apa yg mak ngan cikgu tu cakap ada betulnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU SOKONG CKP MAK KAU DGN CKGU FATIMAH.
p/s-bile la bleh kite lepak lepak mcm dlu.
_syahmi hassan_