BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 5 Ogos 2011

kata kata semangat

Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidakmempunyai apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada peringkat yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum kamu mengeluh tentang pasanganmu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang
menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Kejayaan tidak diukur dari posisi yang dicapai seseorang dalam hidup, tapi dari kesulitan-kesulitan yang berhasil diatasi ketika berusaha meraih kejayaan
Hari ini Anda adalah orang yang sama dengan Anda lima tahun akan datang, kecuali dua hal : orang-orang di sekeliling Anda dan buku-buku yang Anda baca.
Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun kadang-kadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.


so, bersyukurlah dengan apa yg korang ada. jangan asyik mengeluh dan menyalahkan takdir. renung2kan la.

kenapa aku post benda ni.. nnt korang tau. aku akan update blog aku. coz hari ni betul2 ada perkara yg beri pengajaran kepada aku.

0 ulasan: